Pemandu Teksi Bantah Demo, UMNO Cucuk Belakang


Akhirnya UMNO mempergunakan pemandu teksi untuk ditemuramah oleh media berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0  yang akan berlangsung pada 9 Julai 2011. Kasihan pada UMNO kerana tiada lagi sokongan dari rakyat kepad mereka.

Dalam tinjauan pendapat di sekitar Bangsar, Kuala Lumpur semalam, majoriti pemandu teksi yang ditemui menyuarakan rasa tidak senang dengan rancangan mengumpulkan puluhan ribu aktivis dan penyokong pembangkang pada tarikh itu.

Rata-rata mereka menjangkakan akan hilang pelanggan ekoran kesesakan teruk jalan raya, seperti pengalaman dalam demonstrasi-demonstrasi sebelum ini.

Semalam, selain persatuan pemandu teksi, Pemuda Umno, persatuan penjaja dan beberapa NGO membuat laporan polis di Kuala Lumpur Lumpur dan Putrajaya meminta polis bertindak awal terhadap penganjur demo BERSIH.

PKR dilaporkan mensasarkan 60,000 peserta menyertai perhimpunan itu manakala PAS pula mengerahkan  setengah juta anggotanya daripada seluruh negara turun bersama-sama untuk menghandar memorandum kepada pihak istana pada tarikh berkenaan.

Apa akan berlaku kepada UMNO jika ramai yang turun berdemonstrasi? Hishamudin mesti cakap bahawa peserta demonstrasi cuba buat kecoh sedangkan polis yang akan membuat kecoh terlebih dahulu. Abaikan segala amaran mereka terutama UMNO.

Comments