Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Kos Projek Banjir Melaka RM128juta?

Friday, 24 June 2011

Masalah banjir kilat yang selama ini menghantui penduduk di beberapa kawasan di bandar Melaka akan dapat diatasi berikutan selesainya Projek Tebatan Banjir Fasa Pertama.

Projek yang menelan belanja RM50 juta itu dimulakan sejak tiga tahun lalu, selepas menerima aduan penduduk berikutan masalah banjir kilat yang berlaku sebahagian besar kawasan bandar di negeri ini.

Fasa pertama melibatkan kerja-kerja pembesaran parit dan pembinaan rumah pam yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka (JPSNM).
Kawasan terlibat adalah Kampung Chetti, Tangga Batu, Sungai Udang ,Taman Merak Mas, Bukit Katil, Lorong Pandan, Limbongan, Taman Melawis, Taman Sentosa, Bukit Beruang, Taman Peringgit Jaya dan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPM) di Durian Daun.
Bagi projek fasa kedua yang menelan kos sebanyak RM78 juta dapat diperolehi dengan segera bagi mengatasi masalah banjir dan membaiki sistem perparitan di beberapa buah tempat lagi di bandar ini.
Kawasan yang dikenalpasti terlibat dalam projek tebatan banjir fasa dua ini adalah Kampung Enam dan Kampung Tujuh, Jalan Bachang, Sekolah Menengah Tun Tuah, Kampung Lapan, Parit Besar di Bukit Katil, kawasan di belakang pusat membeli belah Fajar, Bachang dan berhampiran Aeon Bandaraya Melaka, Peringgit Jaya.
P/s: Patutlah kadar air Melaka tinggi. Rupa-rupanya mahu buat projek "buang air" (banjir). Banyak juga kosnya samapi RM128juta. Bila boleh siap agaknya? Sudah berapa kali diheboh tidak siap-siap dan baru sekarang selesai projek fasa pertama. Inilah akibat asyik sibuk dengan projek monorail dan litar go-kart sampai berjuta-juta ringgit duit rakyat hangus

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat