Hero Perkasa Bagi Amaran Kepada BERSIH 2.0

Mereka (Perkasa) memberi amaran keras dan akan bertindak balas terhadap penganjur perhimpunan tersebut sekiranya rayuan supaya membatalkan rancangan tersebut tidak diendahkan. 
Pihaknya tidak melihat justifikasi untuk penganjur Bersih yang diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Dato' Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di jalanan.
Kalau mahu menghantar memorandum, ia boleh dibuat dengan cara elok tanpa berhimpun malah wakil mereka boleh bercakap dalam Dewan Rakyat tetapi saya lihat mereka ada agenda lain iaitu menghidupkan suasana seperti di Mesir, Tunisia dan Syria.
 
Apabila ada himpunan puluhan ribu rakyat macam-macam boleh berlaku, golongan subversif akan mengambil kesempatan sehingga keadaan menjadi huru hara dan kerajaan sementara ditubuhkan di kalangan mereka.
 
Saya tidak menolak kemungkinan Perkasa juga akan mengadakan perhimpunan pada hari itu dan saya juga bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.- Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Hero katak mahu buat demonstrasi juga pada 9 Julai. Tetapi demontrasi katak lompat bersama konsesus Ahli Parlimen Bebas. Semakin lantang katak ini untuk menentang. Bolehkah katak ini berhadapan dengan 360,000 orang pada Julai nanti?

Comments