Wartawan ini ikut skrip RTM, jangan salahkannya
Ketua Pencacai UMNO
Gelagat pencacai hasut peniaga
Wartawan seperti dalam gambar di atas lantang menyalahkan kerajaan PAS Kelantan ekoran pemotongan bekalan elektrik di Pasar MPKB yang menyebabkan peniaga memberontak. Kaki hasut demonstrasi diketuai oleh seorang lelaki UMNO yang mengerahkan puak-puaknya berdemonstrasi seperti dalam gambar di atas.
Peniaga yang bernama Mohd Zaman Yusof adalah ahli UMNO yang tidak menyukai dengan tindakan kerajaan Kelantan menempatkan peniaga di Bazar Tok Guru kerana Bazar Tok Guru itu milik PAS sedangkan Bazar MPKB itu adalah hasil dari UMNO.
Kira-kira 100 orang berdemonstrasi di depan Pasar MPKB itu yang diketuai oleh ahli UMNO tersebut. Ahli UMNO tersebut menyalahkan kerajaan Kelantan kerana memotong bekalan elektrik sedangkan kerja-kerja memotong bekalan elektrik adalah di bawah Tenaga Nasional Berhad.
Sebenarnya Bazar Tok guru itu boleh mula beroperasi cuma ahli UMNO ini berkata Bazar Tok Guru belum boleh mula untuk berniaga. Inilah fitnah dari puak-puak songkok tinggi terhadap kerajaan PAS Kelantan. Kalau tidak percaya, cuba tanya peniaga di situ. Jangan berimamkan dengan RTM.
Comments