Gambar Tugu Khurafat 1Malaysia RM352,000

Rakyat Melaka mempersoalkan kos pembinaan Tugu 1 Malaysia di Pantai Klebang bernilai RM 352,000 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak kerna ianya meningkat 3 kali ganda berbanding dengan harga pasaran sebanyak RM 100,000.

Ia baru di bina dalam masa 16 bulan dan Tugu tertinggi di Malaysia itu dibina sempena lawatan Najib ke Melaka pada 4 Februari 2010 tahun lepas. Ia juga memakan kos perbelanjaan makan malam berjumlah RM600,000 pada malam tersebut.
Baru 16 bulan dibina tapi dah hancur

 Tugu RM352,000.. Percaya tak?

 Tiada apa-apa di bawah tugu ini


 Kanvas sudah koyak

 Bumbung dialas zink nipis



 Semua sudah patah

Projek 1Malaysia bernilai RM352,000

Ianya dibina daripada tetulang besi dan tapak asasnya daripada konkrit simen, tingginya 58 kaki atau 17.7 meter dengan lebarnya 30 kaki atau 9.1 meter hanya dibaluti dengan kanvas di bahagian depan dan belakangnya.

Manakala, di bahagian kiri kanannya ditutup menggunakan aluminium nipis dan lantai pentas kecil di depannya ditutup dengan kayu lapis nipis serta termasuklah 15 unit tiang bendera di tepi tugu tersebut.

Dibahagian dalamnya pula diterangi dengan cahaya lampu kalimantan yang tidak sampai pun harga RM5,000 tetapi disebabkan banyak penipuan, maka kos yang sepatutnya lebih murah telah menyamai kos sebauh banglo dua tingkat.

Gambar tersebut diambil pada 19 Jun 2011. Tetapi beginilah keadaan tugu khurafat 1Malaysia yang menjahanamkan harta milik rakyat. Betapa besarnya nilai RM352,000 itu kepada rakyat yang memerlukan tetapi ini tidak dihiraukan oleh BN Melaka.

Membina replika tugu ‘1Malaysia’ adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab sebagaimana yang ditegah di dalam surah al-Maidah ayat 90:

Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-Ansab (menyembah berhala) dan a-Azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara’i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, ini sebagaimana larangan Baginda SAW terhadap para sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul. (Hadith riwayat al-Tirmizi dan katanya: “Hadith ini Hasan Sahih”. Ia juga dinilai Sahih oleh al-Haithami, Ahmad Syakir dan al-Albani)

Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam.

Comments