Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Australia Benarkan BERSIH 2.0 Berhimpun

Wednesday, 29 June 2011


Sekumpulan rakyat Malaysia yang menuntut di Australia berikrar akan meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan bagi menyokong BERSIH 2.0 di sebalik amaran oleh pihak berkuasa Malaysia supaya tidak berbuat demkian.

Seorang pelajar di Adelaide dalam satu kenyataan berkata tunjuk perasaan akan diadakan pada masa sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini yang dijadualkan pada jam 2 petang.

Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Maverick itu berkata perhimpunan akan diadakan di tujuh bandaraya di lokasi simbolik seperti bangunan konsulat Malaysia di Sydney dan Perth dan juga bangunan Parlimen di Canberra.

Namun, katanya perhimpunan terbesar dijangkakan di Melbourne.

“Di Adelaide, perhimpunan akan diadakan di Victoria Square Fountains, ia lebih menjurus ke arah mendidik pelajar Malaysia mengenai demokrasi dan situasi yang sedang dihadapi di Malaysia.

“Seperti yang kita ketahui, majoriti golongan muda Malaysia takut untuk meluahkan suara mereka atau berdiri untuk politik,” kata Maverick.

Pelajar itu berkata tidak seperti di Malaysia, adalah mudah untuk mendapatkan kebenaran bagi berhimpun dan dalam kes di Adelaide, mereka cuma perlu memaklumkannya kepada majlis perbandaran.

Menurut Maverick, beliau langsung tidak gusar dengan amaran yang dikeluarkan oleh pejabat Konsulat Malaysia pada 24 Jun lalu yang melarang pelajar Malaysia berhimpun. Ini kerana katanya, rakyat Australia juga akan menyokong mereka.

“Saya tak takut walaupun saya seorang pelajar. Saya tahu rakyat Australia mengamalkan demokrasi tulen dan akan menyokong kami dalam penganjuran perhimpunan seumpama ini.

“Dalam beberapa hari lagi, kami akan berhubungan dengan beberapa senator dan ahli parlimen Australia bagi menyokong kami pada perhimpunan ini,” katanya lagi.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat