Pertembungan musuh Pantai Timur antara Kelantan dan Terengganu menyaksikan hampir 85,000 tiket telah habis terjual dalam masa beberapa jam di venue masing-masing yang mana 30,000 tiket untuk pasukan Terengganu dan 40,000 tiket untuk pasukan Kelantan. Selebihnya adalah dijual di stadium Nasional Bukit Jalil.
Konvoi dianjurkan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu itu berlepas dari pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, jam 4 petang semalam. Majlis pelepasan konvoi berkereta itu dilakukan Bendahari UMNO Bahagian Kota Bharu, Sheikh Rozi Sheikh Ahmad.
Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu, Wan Abdul Rahman Wan Ismail berkata, pihaknya berjaya mengumpul 600 peminat bola sepak dari kawasan Parlimen itu mengikuti konvoi menaiki 150 buah kereta pelbagai jenis ke Bukit Jalil.
Jika 'Gelombang Merah' turut serta dalam konvoi itu seramai 600 orang, Gelombang ROYALTI turut bersama dalam memeriahkan perlawanan akhir tersebut dengan kira-kira 50,000 orang akan turut serta untuk menyatakan bantahan terhadap Petronas yang tidak membayar ROYALTI kepada Kelantan.
Referendum itu juga akan menyaksikan seberapa banyak tandatangan dapat dikumpul diperkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari ini. Selain itu, pelbagai kain rentang akan turut digantung di dalam stadium tersebut untuk menyatakan hasrat rakyat itu.
Royalti itu turut akan mendapat sokongan daripada penyokong Terengganu memandangkan negeri Terengganu juga pengeluar minyak kepada Malaysia. Semoga kemeriahan bola sepak ini juga mendapat perhatian dengan kempen Kembalikan Royalti Kelantan ini.
Comments