Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

40 Pemuda UMNO Masuk PAS, Gelombang Merah Gagal.

Sunday, 12 June 2011

 
KOTA BHARU - Seramai 40 Pemuda UMNO Cawangan Hutan Pasir dan Tok Akil, Ketereh menyertai Pas dan menyerahkan borang keahlian terbabit kepada Ketua Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hassan di pejabat Pas Ketereh di sini, semalam.

Ketua Pemuda UMNO Cawangan Hutan Pasir, Nor Azman Sulaiman berkata, penyertaannya bersama ahli yang lain merupakan satu penghijrahan yang dilakukan atas kesedaran sendiri dan ingin berjihad ke jalan yang benar.

“Inilah yang kami mahukan selama ini bagi menegakkan perjuangan yang lebih mementingkan nilai-nilai keislaman dan tidak terpesong.

“Perjuangan yang dibawa dalam UMNO kini semakin goyah dan seolah-olah seperti tidak nampak arah tujuannya,” katanya selepas majlis ramah mesra bersama Ketua Pemuda Pas yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pemuda, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Sementara itu menurut Penyelia Pas Kawasan Ketereh, Nik Mahadi Nik Mahmood, kemasukan ahli baru dalam Pas di kawasan Ketereh akan lebih menyemarakkan lagi perjuangan parti untuk berjihad dan menegakkan syiar Islam.

“Saya yang juga sebagai setiausaha Pas kawasan, amat mengalu-alukan penyertaan lebih ramai lagi ahli UMNO untuk menyertai kami,” katanya.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat