Kita cuba dengar apa yang mahu diperkatakan oleh Mat salleh dari Australia ini berkaitan pembinaan kilang Lynas di Malaysia. Rakyat Australia lagi bijak dari Kerajaan UMNO/BN. Mereka telah membantah tindakan Lynas membina kilang di Australia.
Tapi rakyat kita juga sebenarnya cerdik tetapi kebodohan kerajaan yang diperintah oleh UMNO/BN ini semakin hari semakin bodoh dan jahil. Pandangan rakyat tidak pernah didengari. Rintihan rakyat tidak pernah mereka rasai.
Seperti yang Ban Jir posting semalam mengenai bahayanya pembinaan kilang ini, ada juga dikalangan mahasiswa yang bodoh menyokong pembinaan kilang Lynas ini. Seperti dalam posting ini. Sila klik di sini untuk mengetahui fakta sebenar berkaitan Lynas dan kesan-kesannya kepada persekitaran. [klik]
Di bawah ini ialah kesan-kesan jika kilang Lynas ini memulakn operasi. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:
a) Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
b) Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.
c) Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.
d) Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.
e) Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
f) Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.
g) Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.
Comments