Tidak Perlu Jumpa Semua Ketua Editor, Cuma Jumpa Utusan Sahaja


Hishamuddin tidak perlu jumpa semua Ketua Editor kerana yang buat hal dalam perkauman adalah editor dari Utusan dan bukannya editor-editor yang tidak berkaitan. Mengapa perlu semua terlibat sedangkan yang berak itu Utusan dan bukannya akhbar lain yang kena cuci berak itu.

Cuba kita buat perbandingan sebagai contoh kehidupan manusia pada hari ini. Kita ambil contoh anak dengan bapa untuk kita kaitkan akhbar Utusan ini. Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai ayah manakala Utusan pula sebagai anaknya.

Pada suatu hari ketika anaknya (Utusan) sedang bermain-main ditepi kereta mewah milik ayahnya (KDN), tiba-tiba kereta ayahnya telah dicalarkan oleh anaknya sendiri dengan membaling batu ke arah cermin depan kereta ayahnya itu.

Ayahnya yang berang terus memanggil anaknya (editor Utusan) dan anak-anak jiran (editor akhbar lain) yang tidak terlibat dalam memecahkan cermin kereta itu. Tiba-tiba anak jiran itu turut dimarahi sekali kerana status dia adalah anak kepada jiran.

Anak (Utusan) sendiri buat hal tiba-tiba mahu salahkan anak-anak jiran yang lain. Inilah sikap bongkak seorang yang berada mempunyai kereta mewah tetapi ego dan menyalahkan orang lain dengan segala tindakan yang dilakukan oleh anaknya (Utusan).

KDN ibarat jilat tahi yang diberak oleh anaknya (Utusan). Kesalahan sendiri tidak mahu diakui tetapi kesalahan jiran yang mereka nampak besar. KDN perlu nasihatkan Utusan sebelum nasihatkan orang lain. Jangan nasihatkan jiran sebab anak jiran tahi tidak basuh sedangkan tahi anak sendiri pun ayah (KDN) tidak kenal.

Comments