Selepas Ini Rakyat Malaysia Makan Habuk Kayu Ganti Gula

SELAMA ini kita hanya mengetahui gula dihasilkan daripada tebu. Kemudian beberapa tahun lalu, penemuan daun stevia sebagai alternatif gula turut menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, apabila seorang penyelidik muda dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Madya Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim berjaya menghasilkan gula ringkas daripada habuk kayu, penemuan itu bukan sahaja melonjakkan namanya, bahkan membolehkan beliau bakal membuka sebuah kilang tidak lama lagi.

PENGHASILAN gula ringkas menggunakan habuk kayu mengelakkan sisa industri tersebut dibuang begitu sahaja sekali gus mempromosikan alam sekitar yang lebih bersih.

Dengan teknologi hijau farmentasi katanya, ia dimanfaat bagi mengurangkan kos pengeluaran berbanding kaedah hidrogen yang digunakan secara meluas dalam penghasilan gula itu ketika ini.

Gula yang dihasilkan menerusi projek ini bukan saja boleh digunakan sebagai pemanis makanan bahkan, untuk pelbagai industri lain seperti kosmetik.

Penggunaan habuk kayu sebagai sumber penghasilan gula ini sekali gus mengatasi masalah pembuangan sisa industri itu yang mencapai 15 juta tan setahun di seluruh dunia.

Comments