Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

PERKASA vs AMK di Pejabat Utusan

Thursday, 19 May 2011


Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak gentar, sebaliknya akan meneruskan rancangan mengadakan himpunan di depan pejabat Utusan Malaysia di sini Jumaat ini meskipun Perkasa juga memutuskan mahu mengadakan perhimpunan balas menyokong akhbar Umno itu.

“Kami tak gentar jika Perkasa mahu datang ke perhimpunan itu kerana mahu membela Utusan,” kata timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rozan Azen Mat Asip kepada pemberita di sini hari ini.

Rozan berkata, tujuan himpunan tersebut bukan mengenai kebebasan media, sebaliknya ia berkaitan isu penyalahgunaan media seperti dipraktikkan Utusan Malaysia.

“Kami bukan datang untuk buat huru-hara di sana. Kami datang sebagai simbol protes terhadap Utusan,” jelasnya.

Menurut Rozan lagi, ketika himpunan tersebut, AMK akan mengedar ‘Suara Keadilan’ secara percuma kepada kakitangan Kumpulan Utusan dan mahu menyampaikan surat terbuka kepada Ketua Pengarangnya Datuk Aziz Ishak.

“Bagaimanapun kami akan mengkaji kesesuaian suasana himpunan kerana kami tidak ingin lakukan huru-hara pada hari tersebut,” katanya.

Mengikut laporan Utusan Malaysia hari ini, Perkasa juga akan berhimpun di hadapan ibu pejabat Kumpulan Utusan di Jalan Chan Sow Lin di sini bagi mempertahankan syarikat itu, yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo, jika AMK tetap dengan rancangan mengadakan bantahan Jumaat ini.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata beliau menganggap tindakan AMK itu biadab dan tidak menghormati kebebasan bersuara.

“Kalau mereka mahu mengganyang Utusan Malaysia, Perkasa berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan akhbar itu,” katanya lagi.

Akhbar itu juga membawa laporan menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap penyokong-penyokong pembangkang khususnya AMK yang dilihat gemar menimbulkan kekecohan setiap kali wujud isu tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat, ‘tukang-tukang’ kecoh itu seakan terlalu diberi muka sehingga seringkali berbuat demikian dalam apa jua isu termasuk sewaktu lafaz sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan kes liwat Anwar.

Justeru, AMK hari ini menasihatkan Perkasa terutama Ibrahim agar berhenti dari mencari publisiti murahan dengan memperlihatkan sokongan kepada BN dan Utusan Malaysia.

Rozan berkata, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas sepatutnya berasa malu dengan tindakannya yang dilihat menyokong kerajaan BN dan Utusan Malaysia.

“Beliau sebagai seorang Ahli Parlimen Bebas, agak memalukan kerana beliau seperti mewakili Ahli Parlimen BN. Jadi kami harap, ahli politik seperti dia berhentilah dari mencari publisiti murahan,” katanya.

Dalam pada itu, Rozan berkata, beliau turut berasa dukacita terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dianggap bertindak menjadi wadah oleh pihak tertentu yang pro-BN.

“Utusan dilihat semakin hari semakin hilang integriti mereka... seperti hari ini mereka dilihat menyerang AMK,” katanya.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat