Perhatian Kepada Yang Duduk Dalam UMNO!


Gambar ini Ban Jir snap ditepi jalan disuatu negeri yang diperintah oleh BN. Tapi negeri ini bukan di Melaka. Kalau di Melaka sudah lama diturunkan oleh balaci UMNO di sana iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Di sini Ban Jir tidak tahu adakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini sama seperti di Melaka yang dikatakan UMNO paling totok dalam dunia. Semenjak pemerintahan UMNO/BN, hanya pemimpin sahaja yang kaya raya seperti yang ditulis dalam kain rentang di atas.

Harga minyak dan barang naik turut dirasai oleh orang-orang UMNO/BN dan Pakatan Rakyat. Beza antara BN dengan PR ialah jauh lebih cerdik PR berbanding daripada BN. Buktinya ialah ketika harga barang naik dan penarikan subsidi oleh kerajaan.

Contohnya, rakyat yang menyokong BN tetap akan mengisi minyak RON 97 dengan harga RM2.90 manakala yang menyokong Pakatan Rakyat turut akan menerima harga yang sama. Ini menujukkan bahawa rakyat yang sokong PR adalah cerdik.

Kalau sokong BN harga minyak boleh setengah harga, barulah Ban Jir terkejut tapi ini sama sahaja. Apa yang nak dihairankan. Jadi, sama-sama kita renungkan apa maksud yang terkandung dalam kain rentang seperti dalam gambar di atas.

Comments