Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Menteri Malaysia Bodoh, Bangan dan Jakun

Thursday, 19 May 2011

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Australia Barat, Lynn MacLaren menggesa Parlimen Australia Barat menghentikan rancangan projek melibatkan proses nadir bumi yang menghasilkan thorium oleh syarikat Lynas di Malaysia.

Menurut Maclaren, pemprosesan nadir bumi itu sangat bahaya kerana bimbang memberikan impak kepada kesihatan dan keselamatan rakyat.

“Ini jauh lebih bahaya daripada mengangkut bijih besi yang diumumkan Menteri baru-baru ini sehingga memutuskan operasinya dibawa keluar daripada kota pelabuhan Australia.

“Berdasarkan cadangan awal, bahan yang mengandungi radioaktif, thorium akan dilakukan penghantarannya melalui Fremantle yang akan diproses di Malaysia.

“Sebuah panel pakar akan ditubuhkan di bawah Badan Tenaga Atom Antarabangsa bagi menyiasat projek Lynas di Malaysia kerana bimbang akan memberi kesan kepada kesihatan dan keselamatan akibat radiasi,” kata Maclaren dalam kenyataannya semalam.

Kata beliau, Lynas dicadangkan untuk beroperasi di Mount Weld berdekatan Laverton, Australia untuk memproses nadir bumi yang menghasilkan sisa radioaktif berupa thorium.

“Lynas dicadangkan beroperasi di Mount Weld yang memproses bahan radioaktif mencecah 1500 juta perbahagian. Kandungan bahan tersebut kemudian akan dihantar ke Malaysia serta sisa thorium yang dihasilkan oleh nadir bumi juga akan dibuang di sana.

“Ini merupakan bahan eksport yang berbahaya di bawah radar kawalan persekitaran,” katanya.

Sementara itu, jurucakap isu nuklear, Robin Chapple turut mengutuk rancangan Lynas untuk menghapuskan dan membuang bahan radioaktif di kawasan nelayan di Pahang.

“Saya terpanggil apabila melihat sekumpulan rakyat Malaysia dan beberapa akhbar negaranya yang tidak mahu melihat toksik Australia Barat dibuang di kawasan penempatan setempat. Ahli Parlimen Kuantan menyeru supaya torium tersebut dikembalikan kepada Australia.

“Saya bertemu dengan Lynas dan menunggu kelulusan penghantaran berdasarkan rancangan asal. Kerajaan Barnett pasti tidak mahu terlibat dengan penghantaran bahan radioaktif melalui Framantle kerana beliau berkali-kali menegaskan tidak mahu lihat bahan-bahan itu dieksport dari pelabuhan Australia Barat,” kata Chapple.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh turut menyeru supaya sisa radioaktif, thorium daripada Lynas Corporation dikembalikan kepada negara asalnya kerana kerajaan Australia Barat, Norman Moore tidak menyokong import dan menyimpan sisa radioaktif ke negara lain.

“Saya berharap bahawa beliau tidak terlibat dalam pembuangan radioaktif di negara-negara lain. Kerajaan harus mengambil tindakan untuk memaksa Lynas supaya tidak ada sisa-sisa torium di Mount Weld ada di tempat kami,” kata beliau.

P/s: Ahli politik Australia bantah pembinaan projek Lynas tapi menteri Malaysia bodoh, bangang dan jakun tetap mahu membina projek tersebut. Tidak fikir kesengsaraan langsung yang akan ditanggung rakyat kelak.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat