Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Maut Ketika Hantar Anak Sekolah

Tuesday, 3 May 2011

KUALA TERENGGANU: Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) maut ketika dalam perjalanan pulang setelah menghantar dua anaknya ke sekolah apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh kenderaan pacuan empat roda di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 8.30 pagi itu menyebabkan Fadzul Wahid Mohamad, 39, dari Kampung Gong Pak Maseh di sini mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Gambar hiasan

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Terengganu ASP Khazahari Che Amat berkata motosikal yang ditunggang lelaki itu dipercayai hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam, di sini.

"Akibat rempuhan itu, bapa kepada tiga orang anak itu tercampak ke atas jalan raya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Isteri mangsa dan kedua-dua anaknya yang berpakaian seragam sekolah turut berada di tempat kejadian.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat