Makan Babi


KOTA KINABALU: “Sepatutnya saya membimbing suami ke jalan benar selepas memeluk agama Islam tetapi apa berlaku adalah sebaliknya.

“Malah, saya pula terikut-ikut kelakuannya seperti keluar berfoya-foya, minum arak dan memakan benda haram, termasuk daging babi dan ayam tidak disembelih,” kata Maria, 30, yang mengakui menyesal dan kembali ke pangkal jalan. 

Bagaimanapun, Maria mendakwa penyesalannya tidak berguna lagi apabila ditinggalkan suami manakala dua anak lelakinya kini lebih terarah kepada agama asal bekas suaminya. 

“Sepanjang berkahwin 13 tahun lalu, saya tidak pernah solat, berpuasa mahupun menunaikan zakat. Saya tidak pernah bayar zakat walaupun kehidupan kami baik dengan suami mengerjakan ladang,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perkenalan dengan suaminya yang hanya dikenali sebagai Peter, Maria berkata, mereka bertemu ketika membantu ibu saudara menjaga kedai runcit manakala bekas suami bekerja di kawasan ladang berhampiran.

“Selepas mengenali hati budi dan lima bulan menjalin cinta, saya mengambil keputusan berkahwin dengan Peter dalam satu majlis sederhana,” katanya. 

Comments

leekonyou said…
haiya DAPigs udah makan hamPAS KAN?