Gelombang hijau malam tadi mewarai padang perdana tempat berlangsung Himpunan 10,000 anak muda. Ia ternyata menenggelamkan gelombang merah dilancarkan Umno tahun lepas. Anak muda lelaki dan perempuan tanpa mengira usia berbondong-bondong melangkah menuju ke tempat perhimpunan tersebut yang bermula jam 4 petang semalam.
Tanpa ada upah dan kerahan membabitkan penjawat awam seperti gelombang merah, anak-anak muda berbaju hijau dan berketayap putih bersemangat. Laungan takbir bergema berulang kali di atas padang.
Tanpa menghiraukan pancaran terik matahari di ambang sore pemuda memenuhi khemah tempat pendaftaran sebelum bersila di atas tikar. Ada juga anak-anak muda berjubah putih memenuhi sebahagian padang. Mereka hadir memberi sokongan bagi mempertahankan ketuanan Islam.
Tema perhimpunan tersebut ‘Tolak Umno Islam Selamat’ ternyata memberi suntikan baru selepas gelombang merah Umno kelihatan berada penghujungnya. Program bermula dengan solat Asar berjemaah, diikuti celoteh Bob Lokman, anak tempatan yang kini menjadi ikon remaja apabila berubah daripada seorang seniman kepada pejuang Islam.
Persembahan dikir barat oleh Kumpulan Sri Halaqat menghiburkan anak-anak muda dengan dendangan lagu-lagu dikir berunsur nasihat. Hampir seluruh padang dipenuhi anak-anak muda. Ikut sama pada program tersebut Nisa’ di kalangan muslimat muda.
Tempat parkir di sekitar Stadium Sultan Mohamad Ke-IV penuh sesak, begitu juga di Bazar Tok Guru. Laluan Jalan Mahmood sesak dengan kenderaan bertali arus. Sepanjang Jalan Hospital di kiri kanan jalan pula berderetan bas disewa pemuda kawasan dari seluruh Kelantan.
Himpunan tersebut merupakan kali kedua selepas himpunan serupa pernah diadakan menjelang pilihan raya umum lalu.

Comments