Gambar: Kemalangan Maut

Kemalangan ini berlaku di Jalan Ipoh - Kuala Lumpur yang berhampiran dengan Pasar Borong Selayang pada 23 Mei 2011 jam 8 pagi tadi yang meragut kakitangan Hospital Selayang.

Kemalangan ini berlaku apabila lori telah memberhentikan dilaluan paling kanan yang dikatakan laluan paling sibuk di Kuala Lumpur ini dan ia tidak sepatutnya berlaku kerana semata-mata untuk menggantung banting jualan murah di tiang lampu pembahagi jalan.

Lori ini memberhentikan dilaluan tersebut tanpa meletakkan apa-apa tanda sebaliknya motosikal yang ditunggangi mangsa tidak menyedari bahawa lori tersebut tidak bergerak lalu mangsa merempuh bahagian belakang lori sehinggakan mangsa meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di muka.

Kejadian itu berlaku kira-kira 2 kilometer dari tempat mangsa bekerja di Hospital Selayang. Mangsa berulang alik dari Kuarters Hospital Serdang ke Hospital Selayang setiap hari dan bertugas di Bahagian Makmal Jabatan Pathologi, Hospital Selayang.

Mangsa, Mohd Syahril Che Mohd Dom, 29 telah meninggalkan seorang isteri yang sedang mengandung anak pertama selepas beberapa bulan mereka berkahwin.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat













Kesan jari mangsa pada lori













Sumber: ondscene

Comments