Gambar: KELUAR atau Susah Betul Nak Baca

Err.. KELUAR ke ni?

Mata aku kabur ke ni?

Ketika bersiar-siar di negeri Maju 2010 selama 3 hari, kemajuan yang dilaungkan itu tidaklah seberapa lama sebenarnya dengan jasad dan minda yang diperhatikan. Ali Rustam sudah bagi tahu kepada media bahawa kemajuan itu gagal. Buktinya lapangan terbang Melaka.

Serentak dengan itu, kenaikkan tarif air sebanyak 5% hingga 25% juga berkaitan dengan kegagalan fungsi lapangan tersebut. Kos menaiktaraf lapangan terbang itu sebanyak RM131juta tetapi rakyat Melaka terus jadi tidak betul akibat penindasan kerajaan zalim itu.

Akibat dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggidan kadar inflasi yang mencanak naik, maka kebinggungan manusia di Melaka itu kian merisaukan. Singgah di hotel melihat papan tanda dan masuk melalui pintu, terpapar tulisan yang agak tidak betul dan songsang itu.

Salah siapakah itu? Berkaitan Melaka terutama mereka yang suka melancong dingatkan bahawa Melaka telah menaikkan cukai pelancongan sebanyak 3% setiap kali anda menginap di hotel-hotel di Melaka. Sungguhpun saudara tidak mengetahui, ingin dikongsi inilah kerja jahat kerajaan BN Melaka.

Tarif air naik 5% hingga 25% dan cukai pelancongan naik sebanyak 3% serta cukai barangan telah pun naik kepada 6%. Inilah kerajaan zalim jika terus dilayan mandatnya. Miskin terus miskin dan kaya terus kaya. Orang UMNO/BN turut dikencing oleh kerajaan Mereka.

Comments