Filem Seram Lucah


IPOH: Pelbagai filem seram berunsur lucah dari negara jiran, Indonesia dikesan mula membanjiri pasaran tempatan dengan kebanyakannya menggunakan gambar model wanita pelakon lucah sebagai tarikan utama.

Difahamkan, filem dalam bentuk cakera padat digital (DVD) cetak rompak itu menggunakan khidmat pelakon lucah dari Amerika seperti Tera Patrick selain pelakon porno Jepun terkenal, Miyabi.

Unsur erotik yang diketengahkan itu jelas dilihat pada kulit luar DVD cetak rompak itu apabila memaparkan pelakon separuh bogel dengan aksi mengghairahkan sebagai tarikan utama kepada pembeli.

Seorang peniaga yang dikenali sebagai Leong, 20-an, berkata, sambutan memberangsangkan terhadap filem seram atau hantu dari Indonesia itu menyebabkan anggota sindiket berlumba-lumba mendapatkan salinan dari negara berkenaan.

Menurutnya, setakat ini, terdapat 30 judul filem seram dari negara jiran dengan 80 peratus mempunyai unsur seks selain memaparkan gadis seksi sebagai tarikan utama.

Comments