Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Apa Motif Anuar Musa?

Saturday, 21 May 2011

Satu majlis pelancaran rasmi ARMY akan disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad pada 18 Jun depan. Ketua Jajahan juga akan berperanan sebagai pembimbing kepada setiap pusat latihan tersebut. - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Anuar Musa.
Sikap Anuar Musa yang menjemput Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad bagi merasmikan Akademi Bola Sepak Alhamra Red Warrrior (ARMY) pada 18 Jun depan memperlihatkan ia berunsur politik.

Ini kerana Mustapa Mohamad tidak ada kaitan langsung dengan bidang bola sepak dan beliau hanyalah seorang menteri dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta bukan dari Kementerian Belia dan Sukan seperti yang dipegang oleh Sabri Chik.

Munasabah juga jika Sabri Chik yang dijemput kerana ia berkaitan dengan portfolio sukan tetapi ini berkaitan industri yang dijemput oleh Anuar Musa. Walaupun Anuar Musa tidak mahu menjemput exco kerajaan Kelantan yang memegang portfolio sukan, ia tidak patut berbuat demikian.

Lihat Topi Mustapha Mohamad

Ketika Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada 30 Oktober 2010, Anuar Musa dan Mustapha Mohamad telah mempergunakan bidang bola sepak dengan berkempen di pilihanraya N.45 Galas pada 4 November pada tahun yang sama. (Seperti dalam gambar di atas)

Tindakan Anuar Musa dan Mustapha Mohamad yang membawa Piala Malaysia ke tempat pilihanraya Galas tersebut untuk membuktikan bahawa UMNO telah menarik golongan penyokong bola sepak Kelantan walhal penyokong yang datang untuk melihat Piala Malaysia dan pemain The Red Warriors serta bukannya melihat UMNO berkempen.

Penyokong tetap bersatu walau berbeza fahaman politik

Tindakan yang sama juga akan berlaku pada 18 Jun ini. Apa guna adanya exco sukan dalam negeri Kelantan jika tidak diundang sedangkan ada 2 orang yang hebat dalam bola sepak Kelantan iaitu Abdul Fattah Mahmood,  Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan dan Dato' Haji Takiyuddin Hassan, Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBSMM).

Gelombang The Red Warriors

Dua individu tersebut yang patut layak diundang memandangkan mereka ada portfolio berkaitan sukan. Tambahn pula Dato' Haji Takiyuddin Hassan, Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBSMM) yang sepersatuan dengan Anuar Musa dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Adakah Anuar Musa tidak mengetahui bahawa Dato' Haji Takiyuddin Hassan adalah Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBSMM) yang berasal dari Kelantan? Habis, siapa yang melantik Dato' Haji Takiyuddin Hassan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBSMM)?

Anuar Musa pernah berkata bahawa penyokong tidak dibenarkan membawa bendera-bendera parti politik tetapi beliau sendiri mempolitkkan bola sepak tersebut. Siapakah yang berpolitik? Penyokong atau Anuar Musa yang lebih ke arah politik?

Penyokong Kelantan dan Bendera PAS

Penyokong Kelantan dan Bendera Barisan Nasional

Bagi penyokong Kelantan, mereka tidak ada masalah dalam politik tetapi yang mereka mahukan ialah semangat kesukanan dari penyokong Kelantan yang bergabung tidak kira fahaman politik tetapi Anuar Musa terlalu mainkan sentimen politik.

Sumber: Surat Kiriman dari Peminat Setia The Red Warriors

1 comments:

CITY® said...

salam,

puak2 mereka buat tak apa?
tapi kalau puak2 lain buat,
mereka tak bagi?
so, lu pikir lah sendiri
huhuhu.............

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat