Lebih 4,000 peserta Ladang Rakyat berhimpun di Koperasi Ladang Rakyat sempena program hari himpunan anggota koperasi ladang rakyat di Wakaf Baru.
Biarlah sekitar 200 peserta Umno berdemo di hadapan Kota Darulnaim pagi ini untuk menyerahkan ‘memo rakyat’ tetapi di sini mereka yang menyertai himpunan begitu ramai untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri dan Ladang Rakyat.
Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Eksekutif Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi.
Dua deklarasi dicapai iaitu menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di samping memperkukuhkan Ladang Rakyat sebagai satu badan untuk membantu rakyat dan memperteguhkan kerajaan dipimpin ulama.
Deklarasi itu disampaikan oleh Nazmi Ghazali.
Pagi tadi juga, kira-kira 200 Pemuda Umno berhimpun di perkarangan Kota Darul Naim, pejabat SUK Kerajaan negeri bagi membantah projek Ladang Rakyat.
Sejak akhir-akhir ini, Umno menghalakan serangannya kepada dua projek utama kerajaan negeri iaitu Ladang Rakyat dan Bazar Tok Guru. Ladang Rakyat dibuat untuk membantu para penduduk miskin dengan cara memberikan dividen bulanan antara RM200 hingga RM300 untuk setiap peserta ladang itu.
Bazar Tok Guru pula bakal menjadi mercu tanda baru pusat perniagaan untuk peniaga kecil Kelantan tidak lama lagi. Ia sudah siap dibina namun Umno dengan menggunakan pihak lain sentiasa sahaja mempertikaikan projek itu.
P/s: Tadi Utusan tulis dalam UTUSHIT yang datang demo bantah Ladang Rakyat di Kota Darul Naim seramai 1000 orang tetapi yang sebenar hadir 200 orang sahaja. Kehadiran 4000 orang yang meminta kerajaan negeri meneruskan program itu mendapat sambutan dari peserta.
Comments