Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Sebab-sebab UMNO Tiada di Sarawak

Wednesday, 13 April 2011


Kenapakah Tidak Mahu Bertapak di Sarawak?

Pihak UMNO tidak pernah merestui dan menyokong mana-mana pihak yang berhasrat untuk membuka cawangan parti itu di negeri ini seperti yang dikhabarkan.

Bagaimanakah Mahu Terlibat dengan UMNO?

UMNO membenarkan sekiranya ada di kalangan rakyat Sarawak ingin menyertai parti di Semenanjung Malaysia tetapi tidak jika berhasrat untuk membuka cawangan di negeri ini.

Siapakah Berkata Demikian?

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, UMNO tidak akan membuka cawangan di negeri ini.

Bilakah Mahu Ada UMNO Sarawak?

Pimpinan tertinggi UMNO telah menegaskan pendirian bahawa parti ini tidak akan bertapak di Sarawak dan ia sama sekali mustahil untuk berlaku. 

Dimana Komponen BN Yang Kukuh?

Sarawak telah mempunyai parti komponen yang kukuh di bawah Barisan Nasional (BN). Tidak ada rancangan mahupun persefahaman antara UMNO dan parti-parti komponen BN di negeri ini untuk UMNO membuka cawangan di sini.


Apakah Yang Penting Selain UMNO di Sarawak?

Apa yang lebih penting di sini ialah sokonglah BN dan bukan sebaliknya.

P/s: Sebenarnya orang Sarawak yang tidak mahu UMNO bukannya pemimpin UMNO tidak mahu buka cawangannya. Mereka kata UMNO adalah parti rasis dan suka memecah belahkan rakyat. Sebab itu UMNO tidak diterima di Sarawak. Bagi mereka, biarlah UMNO wujud disemenanjung dan bukannya di Sarawak.

Semua persoalan di atas itu adalah dari Ahmad Maslan yang mahu sedapkan hati UMNO sahaja.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat