Perkasa Yang Lebih-lebih, Mana UMNO?


Perkasa telah menjadi juara dalam membela Melayu tetapi mana perginya UMNO? Untuk apakah tindakan Perkasa berdemonstrasi? Mereka harus sedar bahawa yang memulakan perkauman adalah Utusan Malaysia dan bukannya MCA ataupun orang Cina.

Tindakan Perkasa dan Utusan yang cuba membakar api perkauman adalah tindakan yang tidak masuk akal. Puncanya adalah gara-gara kemenangan 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi oleh DAP telah membuatkan Perkasa dan Utusan melenting.

Tetapi itulah hakikat dan harus menerimanya bahawa kemenangan DAP yang disokong oleh kaum Cina adalah kemenangan yang dipilih oleh rakyat dan rakyat Sarawak tidak yakin lagi bersama BN. Kenapa Perkasa dan Utusan mahu mengungkit bahawa orang Cina tidak berterima kasih pada kerajaan?

Bagaimana mereka mahu memilih BN edangkan BN sendiri yang mengkhianati amanah rakyat jadi sebagai hukuman mereka telah memilih Pakatan Rakyat dan sekali gus membuktikan bahawa BN tidak boleh sesuka hati mainkan perasaan rakyat.

UMNO pula tidak melenting berkaitan isu ini di Sarawak. Mereka tidak mahu terperangkap dengan api perkauman yang dimainkan oleh Perkasa dan Utusan. Mereka juga sedar bahawa UMNO tidak wujud di Sarawak dan tidak mahu masuk campur dalam urusan Perkasa dan Utusan ini.

Mereka melaungkan slogan "Hidup Melayu", "Hidup Utusan Melayu" dan bertakbir selain membawa poster bertulis "MCA jangan main api".

Hentikanlah perangai seperti kebudak-budakan ini. Tidak perlu menujukkan kebodohan. Belajalah menerima kekalahn dalam pilihan raya yang lau. Bukannya BN kalah pun di Sarawak tetapi menang dengan majoriti lebih 2/3.

Comments