Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Perkasa Benci MCA?

Monday, 25 April 2011


Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Perak menyifatkan gesaan beberapa pemimpin MCA supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia sebagai suara daripada golongan yang terdesak mencari sokongan.

Yang Dipertuanya, Ahmad Zaini berkata kumpulan yang hebat menghentam akhbar tersebut adalah kalangan pemimpin yang tidak lagi diterima di kalangan orang Cina sendiri. Di bawah ialah kenyataan beliau.
 
Mereka kini cuba mencari pelbagai cara termasuk memainkan isu sensitif tanpa mempedulikan semangat setiakawan dalam BN bagi tujuan menarik semula sokongan di kalangan orang Cina... tidak perlu layan desakan tersebut, sedangkan mereka sendiri sudah tidak laku lagi di mata kaum mereka sendiri.
BN tidak perlu melayan kumpulan seperti itu sebaliknya hendaklah memberi keutamaan kepada mereka yang masih setia dengan konsep BN untuk diangkat sebagai pemimpin yang boleh memperjuangkan masyarakat Cina.

PERKASA Perak juga mahu Umno yang menjadi tonggak BN menasihati pimpinan parti komponen terutama MCA dan Gerakan supaya tidak terus bermain dengan isu sensitif yang menyentuh hak Melayu secara terbuka.

P/s: Sekarang siapa yang mainkan isu perkauman? MCA atau Perkasa atau Utusan?

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat