Gambar: Tambang Feri Sarawak RM1 Terlalu Mahal







Tahukah anda tambang feri atau dengan kata lain kadar tol yang dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat Sarawak dalam menggunakan pengangkutan awam di air? Kadar bayaran bergantung kepada jenis kenderaan dan apakah yang menyebabkan feri ini dijalankan operasinya?

Kadar untuk kelas pertama ialah percuma bagi penumpang, motosikal dan kenderaan SG. Bagi kelas kedua pula kadar yang dikenakan oleh pihak kerajaan adalah sebanyak RM1 bagi motokar, van dan bas mini. Kelas ketiga pula kadar bayarannya adalah RM3 yang mana kenderan yang terlibat adalah lori, pikap dan bas yang kurang dari 8 tan.

Kadar bagi kelas keempat pula melibatkan kenderaan lori minyak dan lori yang melebihi muatan 8 tan akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 manakala untuk kelas kelima pula akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 yang melibatkan kederaan berat seperti traktor, treler dan jentera berat bagi setiap perjalanan.

Kadar bayaran ini telah diguna pakai semenjak 1 Julai 2004 lagi yang telah diluluskan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya pada ketika itu. Cuba kita kira berapakah hasil kutipan dengan feri tersebut semenjak hampir mencecah 7 tahun pada 1 Julai 2011 ini nanti.

Kenapa harus kita mengira keuntungan tersebut? Tahukah anda bahawa perkhidmatan feri ini ada kaitan dengan kroni bekas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud? Taib memberikan kepada kroninya untuk menjalankan perkhidmatan feri ini.

Tujuan asal adalah pembinaan jambatan yang menghubungkan dari DUN N.15 Muara Tuang ke perkampungan sebelah. Seramai lebih 2000 penduduk telah mendesak untuk membina jambatan itu namun kuasa yang ada pada Taib pada ketika itu membuatkan penduduk berputih mata.

Taib lebih mendengar pandangan kroninya berbanding dengan penduduk kawasan tersebut. Pandangan dari 60 orang kroninya lebih didengari berbanding dengan pandangan daripada 2000 penduduk temapatan yang mahukan jambatan dibina berbanding perkhidmatan feri yang disediakan.

Perkhidmatan feri itu sebenarnya tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana kawasan tersebut jaraknya hanyalah lebih kurang 100 meter sahaja dari perkampungan seberang. Keadaan air sungai yang tidak menentu menyebabkan perkhidmatan feri tidak dapat digunakan dengan baik.

Perkhidmatan feri akan berjalan seperti biasa sekiranya keadaan air sungai itu pasang dan akan memberi kesan dan impak kepada penduduk jikalau hari itu air surut. Keadaan tergganggu dan banyak masa yang akan dihabiskan oleh penduduk untuk melalui jalan raya yang mengambil masa 1jam 30 minit.

Sekiranya mempunyai jambatan, ia akan memendekkan masa antara kedua-dua perkampungan itu dari satu jam setengah kepada setengah jam sahaja. Itu sebabnya penduduk mahukan jambatan dan bukannya feri sebagai penghubung.

Feri ini akan tersadai sekiranya air surut dan akan mencekik darah sekiranya air pasang. Maka dengan ini kantung kroni akan bertambah kaya manakala penduduk akan terus dihimpit dengan kesusahan. Bagi mereka, feri lebih penting dari kemudahan untuk rakyat.

Kemungkinan juga, sekiranya mereka membina jambatan maka semua kenderaan akan melalui secara percuma. Sekiranya percuma,kantung BN tidak akan penuh terisi dengan wang maka mereka akan mmberikan kroni mereka untuk menjalankan perkhidmatan feri ini.

Comments