Gambar: Kena Tahu Geografi Jika Duduk Sarawak



Jika mahu ke Sarawak, seseorang itu mestilah bijak dalam bidang Geografi untuk terus mencari misi di sana. Jika tidak, anda seperti bermain catur dan permainan ular dan tangga kerana kan berpusing di tempat yang sama tanpa satu arah tuju.

Ia bagaikan disihir ketika perjalanan kerana tidak menunjukkan sesuatu yang jelas dalam keadaan kelam dan kabur. Bukan kerana mata itu kabur dek asap yang menyelubungi di Sarawak tetapi buta paparan dalam menunjukkan arah.

Setelah lebih 30 tahun Sarawak di perintah oleh Barisan Nasional, ia tidak memberikan sesuatu yang menarik seperti yang di paparkan di media arus perdana dan cetaknya. Ia seperti mengencing rakyat yang belum cukup baligh dalam membuat penilaian.

Seperti yang dilaungkan oleh BN bahawa BN yang akan beri segala-galanya di Sarawak. Kepala bapak mereka dan semua itu janji-janji telur dalam seluar pemimpin BN. Papan tanda pun tidak wujud terpampang seperti di Semenanjung.

Walhal Sarawak itu kaya dengan hasil sumber bumi tetapi telah dirogol hasilnya oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Ketiadaan papan tanda amat menyukarkan pelancong dari semenanjung untuk bersiar-siar. Betapa dangkalnya pemimpin BN merompak harta Sarawak tetapi papan tanda tidak ada.

Kalau ada sekali pun, ia terlalu kecil kerana papan tanda tersebut bukannya berada terpapar di atas tetapi di bahagian bawah jalan dan amat menyukarkan. Adakah Jabatan Kerja Raya di Sarawak tidak tahu menilai kekerapan pengguna jalan raya melihat papan tanda? 

Comments