Eskay Tayang DNA Pada Polis


Pengarah video porno, Eskay telah menyerahkan DNA kepunyaannya memandangkan dia kecewa dengan sikap Anwar yang tidak mahu menyerahkan DNA apabila diminta oleh polis. Eskay berbuat demikian kerana tidak mahu isu ini diperbesarkan lagi.

Eskay juga tidak mahu menjelaskan mengapa beliau perlu memberikan sampel DNA kepada polis. Berikut adalah kata-kata dari Eskay kepada media:

Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA
Saya akan jawap semua soalan pada sidang akhbar esok. Saya hubungi awak hari ini untuk memaklumkan bahawa saya secara sukarela memberikan DNA saya... awak tahu, saya selalu berikan kerjasama.

Eskay, bekas ketua menteri Melak, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim pada 21 Mac lalu menayangkan sebuah pita video seks kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara.

Comments