Kata Dr.M melayu mudah lupa. Itulah yang sesuai untuk mereka yang selalu lupa terutamanya orang melayu. Tidak tersinggungkah rakyat dari negara Jerman, Norway dan Jepun jika di Bumi ini hanya ada satu bangsa sahaja? Kalau Hitler ada, mengamuk dia.
Biar logik dalam membuat penilaian. Adakah patut 1Bumi 1Melayu dilaksanakan. Mana perginya prinsip demokrasi yang dilaungkan oleh gerombolan keris songkok tinggi? Takkan melayu sudah ditipu oleh sejarah. Inggeris mesti marah dengan tindakan melayu ini sebab tanah jajahannya dahulu sudah mengembalikan hak menuntut 1Bumi.
Selepas ini anak-anak Bruce Lee dan rakan-rakannya tidak dapat belajar Kung Fu kerana Bumi ini telah ditadbir oleh Melayu. Mereka mungkin akan tukar seni memperthankan diri dari Kung Fu kepada silat yang ada pada masyarakat melayu.
Berikut adalah petikan api perkauman yang uba ditiup oleh PERKASA dalam membentuk 1Bumi 1Melayu di dalam Bumi ini.
"Bangsa Melayu berpecah kerana politik, namun peningkatan kesepakatan mereka dapat dilihat melalui dua perhimpunan besar-besaran (anjuran Perkasa) di Pasir Mas, Kelantan dan di Pasir Salak, Perak tahun ini.
"PERKASA Kedah akan menganjurkan perhimpunan ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini Jumaat dan Sabtu," katanya.
PERKASA akan melancarkan kempen "1Bumi 1Melayu" pada Sabtu untuk menuntut hak Melayu secara terbuka.
Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor
Comments