UMNO Semakin Gila Seks

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) berhubung perbicaraan tuduhan kes liwat yang dihadapinya kerana bimbang, DNA yang diserahkan itu sebaliknya akan dijadikan perangkap oleh pihak tertentu untuk menganiaya Anwar.

Setakat ini, tidak ada alasan kukuh mengapa Datuk Seri Anwar perlu serahkan sampel DNA sebagaimana tuntutan oleh pihak tertentu supaya beliau berbuat demikian. UMNO/BN semakin gila dan terdesak sehinggakan menggunakan "pelacur" dalam kempen mereka meraih undi.

Dua hari lepas, Perdana Menteri mengajak Timbalan Perdana Menteri menyerahkan seberapa banyak bulu dan DNA untuk dianalisis dan mengumumkan bahawa mereka sanggup menyerahkan DNA mereka ketika berucap di Sarawak. Memang sah pemimpin UMNO gila seks.

Patutlah kadar anak tidak sah taraf di Malaysia meningkat, rupanya pemimpin UMNO/BN memang terkenal dengan seks serta gangguan seksual. Itu sebab mereka menolak Islam secar habis-habisan sehingga sanggup memalukan diri dengan seks.

Comments