Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Polis Kena Tegas

Friday, 25 March 2011

Para anggota polis dinasihatkan supaya bertegas dengan semua orang politik. Nasihat ini diberikan oleh seorang bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch) polis yang disegani, Datuk Seri Yuen Yuet Leng.

"Kita tidak boleh dikawal oleh parti politik tetapi mesti menyokong parti politik yang memerintah selagi mereka bertindak dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan," kata Yuen.

Beliau menambah, secara teknikalnya, polis boleh menolak untuk bertindak atas kehendak parti politik yang memerintah.

"Kita boleh menangkap Perdana Menteri, tetapi ini memerlukan keberanian yang luar biasa untuk melakukannya," kata Yuen kepada akhbar The Sun selepas majlis pelancaran rancangan mini siri yang menceritakan kisah hidup beliau dalam "Suatu Ketika...Darah Di Bumi".

Program ini akan disiarkan dalam Astro Citra hari ini dan Ahad sempena dengan Hari Polis.

Yuen adalah bekas Ketua Polis Perak dan Pesuruhjaya Polis Sarawak menyertai pasukan polis walaupun tidak mempunyai lagi sijil kewarganegaraan ketika itu.

Dalam laporan itu Yuen mengaku imej polis jatuh ke paras paling bawah beberapa tahun lalu tetapi yakin persepsi orang ramai terhadapnya sudah meningkat.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat