Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Inikah Datuk T Yang Tayang Video Seks

Monday, 21 March 2011

Masih tercari-cari siapakah Datuk T dalam misteri penyebaran video seks terbaru yang dikeluarkan oleh UMNGOK Production? Datuk T tersebut mungkin dari ahli parlimen yang terletak disebelah utara juga. Mugkin Perak, Pulau Pinang atau Perlis dan mungkin juga dari Terengganu sebab namanya Datuk T.

Paling pelik, pembikinan video seks ini dilakukan dengan memanggil jurugambar dan wartawan kanan serta editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Kenapa sampai berperingkat tontonan dilakukan sedangkan bukan sampai 100 orang yang menonton? Kumpulan kedua adalah media yang neutral berbanding kumpulan yang pertama lebih kepada pro-BN. Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

Misteri pula menyelubungi tatkala video itu ditayangkan. Jika benar itu video seks pemimpin pembangkang, mengapa tidak diserah sahaja kepada polis untuk membuat siasatan tetapi media yang diutamakan. Adakah jika melaporkan kepada polis, DNA video tersebut akan hilang. Bodohnya Datuk T tersebut.

Datuk T ini berbangsa Melayu dari UMNO, mungkin. Kegilaaan UMNO dalam video seks tidak perlu diperkatakan lagi. Tunggu sahaja mereka memuat naik ke Youtube sebagai mana mereka bikin cerita sebelum ini dalam kereta api. Kali ini lokasi filem seks adalah di sebuah hotel.

Apakah filem bakal dibikin oleh mereka untuk mendapat kutipan "Box-Office" selepas melalui kelulusan dari penerbit mereka? Di manakah lokasi filem terbaru mereka yang bertajuk "PRU-13: Medan Seks Ahli Politik"

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat