Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Beban Bersama BN

Wednesday, 9 March 2011

Biawak hidup ialah istilah yang sesuai dengan pengundi yang terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional. Apa tidaknya, mereka sering ditipu dan terlalu ego kerana menganggap bahawa Barisan Nasional yang memberi rezeki kepada mereka. Inilah sikap orang Melayu yang paling bodoh.

Walaupun di Kelantan ramai orang Melayu sekitar 95%, rakyat di Kelantan tidak memberi muka langsung kepada UMNO kerana mereka tahu bahawa UMNO ini bukan partiuntuk orang Melayu tetapi sebuah parti malang untuk Melayu.

Rata-rata rakyat yang berada di kelantan adalah Melayu tulin dan di Melaka UMNO adalah sebuah parti tulin tetapi rakyat Melaka tetap miskin dan yang kaya ialah produk pelancongan yang terletak di bandar sahaja tetapi di kawasan pedalaman adalah sebaliknya.

Baru-baru ini Ali Rustam cuba membuat perbandingan antara kerajaan Kelantan dan Melaka. Perbandingan tersebut seakan-akan memperlihatkan kebodohan seoarng Ketua Menteri bernama Ali Rustam. Dalam perbandingan tersebut, Ali Rustam mengatakan Melaka Maju Kelantan Mundur.

Sekarang kita cuba buat perbandingan. Kita cuba terangkan kepada Ketua Menteri yang bodoh ini apakah istilah maju dan mudur. Akibat mengejar kemajuan, banyak produk di Melaka telah disita. Produk yang telah disita cuba dihidupkan semula walau masih dalam kes mahkamah iaitu Litar Go-Kart.

Melaka Maju ialah mempunyai:
  • Disko dan pub paling banyak dinegeri yang diperintah oleh orang Melayu (UMNO) yang kononnya membela Islam
  • Kedai nombor ekor berselerakkan di bandar Melaka dan pelanggan utamanya adalah orang Melayu selepas orang bukan Melayu.
  • Kutipan zakat paling tinggi tetapi ke mana perginya wang zakat di bawah pemerintahan UMNO/BN.
  • Produk pelancongan hanyalah tertumpu di kawasan bandar sahaja tetapi di luar bandar seperti reban ayam.
  • Rasuah dikalangan wakil rakyat termasuk Ketua Menterinya
Kelantan mundur kerana tidak mempunyai:
  • Pub atau disko seperti di negeri Melaka
  • Tiada kedai nombor ekor 
  • Tiada produk pelancongan tetapi mementingkan kerohanian kepada rakyat
  • Zakat diagihkan kepad semua golongan tidak kira fahaman politik
  • Rasuah tiada dikalangan wakil rakyat

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat