Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

100,000 Desak Rais Yatim

Monday, 14 March 2011

Sila klik untuk jadi ahli page ini

Apakah kaitan Menteri Penerangan, Rais Yatim antara peminat dan penyokong bola sepak sehinggakan mereka ada page di Facebook diwujudkan dengan nama "Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia".

Para peminat dikatakan dengan sikap Menteri Penerangan yang tidak mengambil berat tentang kehendak rakyat yang mahu menonton pasukan kesayangan mereka sama ada pasukan negara atau negeri yang bertanding dalam Liga Malaysia.

Daripada tinjauan di FB tersebut, jelas rasa kekecewaan dapat dilontarkan oleh peminat yang kecewa kerana perlawanan antara Malaysia dan Pakistan tidak dapat disiarkan secara langsung dan juga perlawan Liga Super antara Pahang dan Kelantan.

Rais Yatim tidak pernah peka akan kehendak rakyat dan beliau seharusnya fikir panjang kerana tidak semua rakyat di Malaysia mempunyai rancangan TV berbayar seperti Astro. Mereka hanya mengharapkan ehsan dari RTM namun RTM turut menafikan hak rakyat.

Bukan sahaja perlwanan bola sepak yang timbul kekecewaan malahan juga perlawanan badminton juga tidak disiarkan melibatkan Datuk Lee Chong Wei. Apakah sukan yang mahu ditayangkan di RTM kalau bukan Bola Sepak dan Badminton?

100,000 orang akan memastikan Rais Yatim tidak selesa duduk. Inikah sikap menteri yang hanya duduk, berpolitik dan menipu rakyat dan tidak ambil tahu masalah rakyat. Adakah kedua-dua sukan itu mahu diswastakan?

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat