Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

UMNO Kecewa UiTM Sokong Pakatan Rakyat

Saturday, 19 February 2011


Najib kecewa dengan sikap alumni UiTM yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat selepas menamatkan pengajian di UiTM. Najib berkata bahawa pelajar UiTM tersebut melupai jasa yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional yang membela golongan tersebut sehingga mereka berjaya menamatkan pengajian.

Sekarang ini UMNO jangan ingat mereka sahaja yang memberikan pendidikan. Jelaslah sekarang bahawa UiTM ialah Universiti Teknologi Melayu dan bukannya sebuah institusi milik kerajaan. UMNO tidak dapat membezakan kerajaan dan parti.

Najib rasa terkilan dengan 500,000 alumni UiTM yang menyokong Pakatan Rakyat. Najib menganggap mereka ini telah derhaka kepada kerajaan Barisan Nasional dan sekali gus tidak percaya dengan UiTM lagi. Najib berucap ketika menyampaikan ucapan sempena merasmikan Mula Kerja di tapak projek UiTM kampus Jasin.

Dengan bongkak lagi, Najib berkata bahawa semenjak dahulu lagi kerajaan Barisan Nasional membela nasib anak melayu ini yang datang dari latar belakang petani, peladang, nelayan dan sebagainya.Beliau juga berkata, selama ini Barisan Nasionalah yang mengubah nasib anak bangsa.

Sekali dengar macam kasihan pada Najib. Terdesak sehingga mengungkit bahawa UiTM itu yang membentuk masa depan anak bangsa. Anak bangsa yang rosak jugalah datang dari didikan UMNO/BN. Najib berucap seolah-olah UMNO/BN yang memberikan rezeki sedangkan membelakangkan Islam.

Diharapkan Najib jangan syok sendiri dan menganggap UiTM itu universiti keris mereka lagi. Kebanyakkan yang belajar di UiTM adalah dari kalangan golongan yang ingin belajar tetapi pemikiran UMNO/BN seperti orang gila meroyan. Terdesak yang amat sangat.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat