Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Ali Rustam Tewas Lagi, Kali Ini Dengan Dr Hatta

Wednesday, 4 August 2010

 Cuba kira berapa ramai?

 Sampai ke luar khemah

Setelah tewas dengan ceramah Mat Sabu pada 30 Julai 2010 lalu. Malam tadi berlangsung pula ceramah di Bukit Beruang yang menyaksikan campur tangan dari pihak polis, FRU dan pegawai penyiasat. Lebih 4 buah trak land rover dan sebuah trak black maria telah bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Ketua Menteri Melaka

Suasana bagaikan pilihanraya yang sedang berlaku. Tetapi yang menjadi tanda tanya adalah kehadiran pihak polis yang terlalu ramai. Ingatkan anggota polis mahu mendengar ceramah PAS tetapi menjadi orang tengah bagi UMNO untuk menghalang ceramah PAS.

 Ahli Parlimen Kuala Krai

Ceramah PAS dengan UMNO hanya dibezakan jarak dalam 50 meter sahaja tetapi keadaan ceramah tidak seperti ceramah pada 30 Julai lalu yang menyaksikan Mat Sabu menewaskan Ali Rustam dengan isu salah laku dalam UMNO. Maka terpaku Ali Rustam dengan kurang 70 orang yang datang sebaliknya lebih 700 orang yang datang ceramah Mat Sabu.

Malam tadi Ali Rustam kecundang lagi tapi kali ni kepada Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli. Sekali lagi rakyat Bukit Baru membuktikan bahawa Ali Rustam sudah sampai tempoh menopaus sebagai ADUN Bukit Baru.

 Anggota PEKIDA

Ceramah malam tadi menyaksikan seramai 250 orang yang hadir ke ceramah PAS berbanding dengan UMNO yang hanya sekitar kurang 100 orang yang hadir ke ceramah Ali Rustam dengan menjadikan PEKIDA sebagai memenuhi ruang ceramahnya. 

Maka terbukti bahawa Ali Rustam tidak layak untuk memimpin rakyat Bukit Baru pada penggal akan datang. Jadi, sudah dua kali Ali Rustam tewas di gelanggang sendiri.

Berita berkaitan sila [suara melaka] [Pemuda Bukit Katil]

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat