Gambar Rakyat Bukit Baru Sisihkan Ceramah Ali Rustam

Ceramah PAS

Percaya atau tidak itulah realiti yang berlaku kepada Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam apabila rakyat Bukit Baru menolak beliau dengan dibuktikan dengan dua ceramah yang berlangsung serentak melibatkan PAS dan UMNO.

Ceramah PAS

Ali Rustam juga selaku ADUN Bukit Baru telah dimalukan oleh rakyat Bukit Baru dengan kehadiran ke ceramah UMNO adalah sekitar kurang daripada 70 orang berbanding dengan ceramah yang dianjurkan oleh PAS dengan kehadiran seramai lebih 700 orang.

Ceramah PAS

Agak memalukan juga kerana Ali Rustam telah dibidas mengenai Sekolah Mengandung yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan negeri Melaka yang kononnya membela nasib wanita teraniaya sedangkan beliau harus memikirkan bagaimana mahu mencegah gejala sosial dan bukannya menubuhkan sekolah tersebut. 

Ceramah PAS

Penubuhan sekolah tersebut seperti mengalakkan berlakunya kes zina dikalangan remaja hari ini. Maka rakyat Bukit Baru telah mengajar Ali Rustam supaya jangan ego dalam melaksanakan sesuatu tanpa direstui oleh rakyat.

 Ceramah UMNO

Keadaan politik Melaka bagi UMNO sudah nampak kegoyahannya. Pada ceramah tersebut PAS telah mewakilkan Mat Sabu manakala UMNO telah mewakilkan Pengetua Sekolah Mengandung, Ali Rustam dalam menyampaikan ceramah masing namun ceramah UMNO tidak mendapat sambutan kerana sering mengutarakan isu yang sama iaitu isu Anwar, Saiful dan Perpaduan Melayu.

 Ceramah UMNO

Gambar ini cukup untuk membuktikan rakyat Melaka sudah bosan dengan UMNO/BN yang sering kali menyalah gunakan kuasa demi kepentingan peribadi dan kroni. Lokasi ceramah PAS dan UMNO hanya sekitar 50 meter sahaja dan bertempat bersebelahan Flat Seri Siantan, Bukit Baru.

Lagi gambar sila ke sini

Comments