Tahukah anda sebagai rakyat negeri Melaka akan Ketua Menteri, Ali Rustam akan projek terbarunya dalam merealisasikan Melaka Maju 2010 pada 20 Oktober 2010? Tiga projek tersebut berkaitan dengan negeri China iaitu Roda Gergasi, Pengangkutan awam seperti bas dan mengadakan penerbangan MELAKA-CHINA.
Roda Gergasi
Ali Rustam sebelum ini telah berurusan dengan sebuah syarikat dari China untuk pembelian roda gergasi untuk menggantikan roda gergasi yang lama berasal dari Belgium yang katanya Ali Rustam syarikat dari Belgium itu mempunyai masalah. Sedar atau tidak bahawa yang diperkatakan oleh Ali Rustam itu sebenarnya menunjukkan kebodohannya dalam memberi jawapan. Dia boleh bercakap dalam RTM atau TV3 tetapi tidak boleh menipu siaran dari CNN atau BBC.
Sebenarnya bukan syarikat dari Belgium yang bermasalah sebaliknya kerajaan Melaka pimpinan Ali Rustam yang bermasalah dalam menguruskan kewangan. Sambutan yang tidak menggalakkan dari pelancong mengakibatkan roda gergasi “Eye On Malaysia” mengalami kerugian hampir RM46juta dan telah disita serta ditarik balik oleh Belgium . Walau baru berusia setahun lebih, namun roda itu tetap tidak mendapat sambutan.
“Eye On Malaysia” sebenarnya telah mengalami kerugian ketika berada di Taman Titiwangsa dan tindakan kerajaan Melaka membeli roda itu untuk menjadi daya penarik negeri Melaka sebaliknya telah menjadi seperti tikus membaiki labu.
Bas
Kerajaan Melaka akan membeli 10 buah bas baru bagi menggantikan Bas Panorama Melaka yang sedia ada. Harga sebuah tersebut bernilai RM235,000 seunit yang ditempah khas dari Negara China .
Bas tersebut dijangka tiba selepas 3 bulan dari tarikh tempahan dan dikendalikan oleh syarikat PM Culture and Tour (PMCT). Bas tersebut juga dikatakan mempunyai CCTV yang dipasang dari Negara China . Boleh dikatakan semua produk ini dari China .
Selain bas di atas, Ali Rustam juga turut berminat untuk membeli bas yang menggunakan tenaga elektrik juga dari Negara China . Semua itu dalam proses untuk dilaksanakan. Maka selepas ini semua barangan di Melaka berasal dari Negara China . Tiada lagi produk “Made in Malaysia ataupun Buatan Malaysia .”
Penerbangan
Sehingga ke hari ini LapanganTerbang Antarabangsa Melaka (LTAM) masih lagi tiada berpenghuni oleh syarikat penerbangan luar. Hanya dua syarikat penerbangan sahaja yang mendarat dilapangan tersebut iaitu Riau Air dan Wing Air. Syarikat MAS sendiri pun tidak yakin untuk mendarat dilapangan terbang ‘berhantu’ ini kerana mengambil kira faktor kos dan cukai lapangan terbang yang dikenakan.
Kerajaan Melaka cuba mengadakan penerbangan antara syarikat penerbangan Melaka dengan syarikat penerbangan China yang akan bermula pada 9 September 2010 (syarikat China lagi). Mungkin kerana faktor kos yang murah, maka Ali Rustam memilih China sebagai penerbangan. Harus diingat penerbangan ke China adalah sewa khas (sewa khas lagi, ini mesti mahu penuhkan kapal terbang dangan kaki tangan kerajaan supaya penerbangan Melaka mendapat sambutan).
Sebelum ini ada penerbangan sewa khas ke Indonesia tetapi semua yang menaiki penerbangan khas adalah dari kakitangan jabatan kerajaan yang dipaksa untuk memenuhi pesawat tersebut (sungguh terdesak Ali Rustam). Syarikat yang mengendalikan itu adalah syarikat tempatan yang mana destinasi ke China melibatkan Xiangjiang, Macau dan Nanjing .
Dengan nada yakin Ali Rustam berkata bahawa 50 penerbangan boleh dilakukan dan penerbangan pertama adalah 9 september 2010 yang menggunakan 737 dan Airbus 320 (betul ke ni, macam tidak percaya).
Macam lawak dengar kenyataan Ali Rustam ketika berucap di Bukit Katil sempena program Bumi Hijau. Boleh ke Ali Rustam capai 50 penerbangan sedangkan penerbangan yang sebuah pun terpaksa menegerah kakitangan kerajaan secara paksa. Selepas ini sebuah negeri di Malaysia tidak akan mempunyai nama Melaka sebaliknya akan bertukar nama MELAKA-CHINA (MELANA).
Nama Melana sudah wujud di Melaka iaitu Parit Melana. Kemungkinan itu satu sejarah kepada Melaka dalam membeli barangan murahan dari Negara China kerana barangan yang berkualiti telah ditarik balik gara-gara tiada duit untuk membayarnya kerana terlibat skandal rasuah atau dengan kata nama lain korup. Melaka Maju 2010 (mimpi yang kian nyata).
Comments