Walaupun baru selesai SUKMA ke-13, negeri Melaka telah dikejutkan dengan hujan lebat pada setiap pagi bermula semalam. KEadaan hujan ini bermula jam 4 pagi dan mula reda jam 12 tengah hari. Ini menandakan hujan rahmat serta membersihkan segala dosa yang terpalit oleh kerajaan negeri yang suka menindas rakyat.
Pagi tadi dapat kita lihat keadaan banjir di sekitar Batu Berendam yang mengakibatkan jalan raya hampir terputus teruamanya kepada pengguna kereta dan motosikal yang ingin ke tempat kerja. Gambar keadaan air longkang yang melimpah ini diambil sekitar jam 8 pagi dan kenderaan masih banyak lalu lalang kerana itu merupakan jalan utama untuk ke tempat kerja.
Kerajaan UMNO Melaka sibuk mahu mengejar status Melaka Maju 2010 namun keadaan remeh temeh ini tidak dapat dibendung dengan longkang yang tidak dapat menampung jumlah air hujan sehinggakan melimpahi jalan raya.
Kerajaan harus serius dalam menangani isu rakyat dan bukannya menipu dan mengkhianati rakyat dengan projek yang tidak mendatangkan keutungan seperti pembinaan lapangan terbang yang kononnya antarabangsa dan sehingga hari ini masih belum ada boieng atau airbus yang mendarat.
Sila klik untuk video
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) pun tidak berani menanggung risiko kerugian sekiranya mendarat di lapangan terbang itu kerana harga sewa sekali mendarat adalah sekitar RM680 tatkala tiada penumpang yang mahu menaiki pesawat mereka.
Bukannya projek yang perlu diagungkan tetapi masalah rakyat. Benda sekecil ini pihak kerajaan terlepas pandang bagaimana mahu mengurus perkara yang lebih besar seperti lapangan terbang? Adakah lapangan terbang akan jadi gajah putih kerana pesawat yang turun naik pun adalah pesawat "nyamuk" dari Malaysian Flying Academi.
Sila klik untuk video
Renungkanlah jika mahu UMNO yang mentadbir Melaka. Sekarang telah terbukti rakyat Melaka telah diabaikan oleh pemimpin rasuah mereka.
Sila klik untuk video
Comments
sy pn bc jgk blog ini dgn apa yg ditulis penulis blog ini.. mslh skrg bkn kuasa tuhan yang sbb banjir tp sbb kerakusan manusia.. kuasa tuhan turunkan hujan dan bagaimana mahu hadapi banjir kenelah buat longkang elok2..
Aku org melaka dan anak jati melaka, memang betul la, dah kerajaan melaka declair negeri mahu 2010, abis masalah perparitan pun tak dpt setel. Nak suruh Japerun pun, dia minta duit pada sapa?.takkan JKKK nak tanggung kot?