Kenapa Saya Bunuh Suami?

Gambar Hiasan

Seorang ibu, Susan Falls, 42, mengambil keputusan untuk menembak suaminya, Rodney yang suka mendera, lapor sebuah akhbar semalam. 

Falls sambil menangis menceritakan peristiwa itu dalam satu temu bual penuh emosi di rangkaian televisyen Channel 9, A Current Affair.
 
Pada awal bulan ini, Falls dibebaskan daripada tuduhan membunuh suaminya pada tahun 2006 selepas perbicaraan yang berlangsung selama dua minggu yang mendapati dia telah didera secara fizikal selama 20 tahun. 

Juri mengambil masa selama 90 minit untuk memutuskan bahawa wanita dari Queensland itu bertindak atas alasan untuk mempertahankan diri. 

Dalam rancangan televisyen itu, Falls menceritakan bagaimana dia mencampurkan 25 biji pil tidur ke dalam masakan udang kari kegemaran suaminya, sebelum melepaskan tembakan dari jarak dekat sebanyak dua kali ketika Rodney masih tidak sedarkan diri. 

"Pistol itu berat kerana mempunyai alat penyenyap. Saya menggeletar dengan kuat dan memerlukan dua tangan untuk menembak. 

"Saya halakan pistol ke bahagian pelipis (suaminya) dan tembak. Saya mendengar bunyi seperti air paip dan saya nampak darah yang keluar dari kepalanya," katanya. 

Selepas memastikan keempat-empat anaknya selamat di rumah mereka di Caloundra, Falls mengambil keputusan untuk menembak suaminya sekali lagi bagi memastikan dia benar-benar mati. 

Sumber: Agensi

Comments