Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

AS Tahu Kokpit Boeing Pecah

Wednesday, 30 June 2010


GAMBAR yang disiarkan oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan cermin kokpit pesawat Boeing 757 milik American Airlines retak akibat haba pemanas tingkap.


Pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) didakwa mengetahui sejak bertahun-tahun lalu mengenai masalah alat pemanas tingkap kokpit yang mudah terbakar dalam sebahagian pesawat Boeing.

Namun, pihak pentadbiran itu tidak pernah mengarahkan syarikat-syarikat penerbangan untuk membaiki masalah tersebut walaupun selepas banyak insiden kebakaran berlaku sejak 2002 menyebabkan pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas.

Ramai juruterbang pernah membuat aduan mengenai alat pemanas itu terbakar, panas atau mengalir arus elektrik di seluruh tingkap manakala penyiasat keselamatan mendapati kes itu berpunca akibat perkara kecil iaitu skru tertanggal.

Setakat ini, belum ada kemalangan jiwa berlaku namun kes itu menakutkan pelbagai pihak kerana api pernah dilaporkan menyala semula selepas ia disembur dengan alat pemadam selain ada cermin yang retak dan panel peralatan dipenuhi serpihan kaca. 

Sumber: AP

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat