Pembangunan 2010 Dikejar, Kemusnahan 2009 Mendatang

UMNO/BN sememangnya terkenal dengan pelbagai projek “mee segera” tapi gagal mencari untuk membaik pulih kelemahan yang ada. Projek Mega tetapi kegagalan datang bertimpa. Gah dengan pelbagai jenis pembangunan tetapi timbul kecacatan sebagai mana cacatnya UMNO dengan pelbagai isu rasuah.


Hari ini negeri Warisan Dunia dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan keadaan di perkampungan UMNO dilanda banjir iaitu di kawasan Kampung Pulau Kelapa, Peringgit. Keadaan air hujan yang lebat menyebabkan keadaan jalan raya ditenggelami dengan air sedalam hampir setengah meter dan terpaksa ditutup untuk beberapa ketika bagi kenderan ringan.


Punca banjir adalah disebabkan longkang tersumbat dan tidak berfungsi dengan baik menyebab keadaan air bertakung sehingga di atas jalan raya serta mengganggu perjalanan orang ramai untuk ke pusat bandar dari tol Ayer Keroh menuju ke Bandar Melaka. Akibat kerakusan pemimpin yang tidak bertanggungjawab, maka rakyat terpaksa menerima keadaan sedemikian dengan hati yang terbuka.


Pelbagai projek yang akan dilaksanakan di Melaka terutamanya projek Marina Bay dan Arab City yang akan dan sedang dibangunkan di pesisir pantai Melaka. Tinjauan di sekitar Masjid Selat, keadaan air sudah pun menenggelamkan kawasan rumah api berdekatan dengan Masjid Selat. Peningkatan paras air dikatakan naik mendadak semenjak adanya projek di pesisir pantai Melaka dari Bandar Hilir menuju ke Pantai Klebang.


Di Bandar Hilir akan dibangunkan projek berkaitan Arab City yang mana dibawa khas dan direka bentuk mirip dari Dubai dan kemudiannya projek Marina Bay adalah berkonsepkan dari Singapura yang mana pemilikkan tanah tersebut telah dijual kepada orang Singapura. Maka melayu Melaka akan tergadai tidak lama lagi akibat dari pmimpin yang dikatakan membela Melayu iaitu UMNO.


Pendedahan ini akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk membuktikan kerajaan Ali Rustam sedang menipu dan menindas rakyat atas nama tiket pembangunan. Maka Melayu UMNO akan terus tertipu dengan projek pembangunan Ali Rustam. Maka dengan ini adakah sebagai rakyat Melaka ingin melihat Melaka dijual kepada Singapura suatu masa nanti?

Comments

chekZu said…
dgr2..jusco baru tu tanahnye xdpt kelulusan,pehtu bos jusco belikan ali rustam eye on m'sia, trus ali sain setuju..wallahu'alam..