Najib Kantoi Di Paris


Kunjungan Najib dengan Rosmah ke Paris telah mengimbas kembali ingatan dunia kepada Altantuya, sahabat baik berprofil tinggi yang dibunuh Najib. Di Paris, Najib bukannya disambut kedatangannya oleh Presiden atau Perdana Menteri Paris malahan disambut oleh Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.


Najib hanya hadir mesyuarat selama 20 minit dan mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Nicolas Sarkozy, sebelum meninggalkan Perancis tanpa sebarang persetujuan konkrit. Bila ditanya oleh media, Najib hanya membisu berkaitan pembunuhan Altantuya dan pembelian kapal selam.


Altantuya adalah watak penting dalam pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM3.4 bilion dari Perancis dan menjalinkan hubungan dengan sekutu Najib iaitu Abdul Razak Baginda. Beliau dijanjikan komisen dan membuat tuntutan bayaran RM114 juta sebaik sahaja ke Paramekar, syarikat yang dikuasai oleh Razak sekitar Oktober 2006. altantuya kemudiannya dibunuh dengan badannya diletupkan dengan menggunakan C4 yang kebiasaanya digunakan oleh agensi keselamatan Malaysia.


Keberanian Najib ke Paris sebagai strategi psikologi untuk menunjukkan kepada dunia kononnya Perdana Menteri Malaysia itu tiada apa yang perlu disembunyikan. Namun Najib seorang yang kurang bijak dalam perlakuannya sehinggakan mengkantoikan diri ke Paris.

Comments