Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Friday, 22 May 2009

Penubuhan Puteri BN Satu Retorik

SHAH ALAM – Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tindakan Dewan Tertinggi Baris:an Nasional (BN) menubuhkan Puteri BN adalah retorik baru parti itu.

Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, langkah itu hanya dilakukan untuk memujuk golongan wanita muda agar menyokong perjuangan BN yang dilihat masih lagi tidak relevan di negara ini.

“Kita dapat lihat beberapa insiden yang berlaku kini apabila dua komponen parti itu (BN) iaitu MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) mencantas barisan pelapis apabila bertindak mencabar kepimpinan parti dalam pemilihan,” katanya.

Zuraida berkata, perkara sebegini sangat berbeza dengan amalan demokrasi yang subur dalam parti komponen PKR.

“Dalam Pas kita dapat lihat apabila Ketua Muslimatnya, Nuridah Salleh sanggup menerima cabaran daripada tokoh-tokoh yang disegani untuk memegang tanggungjawab sebagai pemimpin tertinggi dalam Dewan Muslimat Pas.

“Namun begitu mengapa perkara seumpama ini tidak berlaku dalam parti terbabit,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, PKR sendiri akan mengadakan Kongres Khas bagi tujuan meminda perlembagaan parti dalam usaha membolehkan ahli memilih semua Majlis Pimpinan Tertinggi.

Zuraida berkata, amalan parti komponen dalam Pakatan Rakyat memperkuatkan parti agar jadi lebih matang, telus dan sihat.

“Kita berharap golongan muda khususnya wanita tidak terpedaya dengan politik murahan BN,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

0 comments: