Trump Bebas Masalah Mental


Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka kekal sihat sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai ketua negara ini dan `tidak mempunyai sebarang isu kognitif mental dan sebagainya’.

Dr. Ronny Jackson melalui taklimat ringkas kepada White House berkata, hasil pemeriksaan kesihatan pertama Trump mendapati semua data menunjukkan beliau mempunyai kesihatan yang `sangat baik’.

Namun doktor berkenaan memaklumkan, Trump tergolong dalam kategori obesiti justeru pihaknya sedang merangka pelan mengurangkan kalori, lemak dan karbohidrat dalam diet pemimpin AS itu. 

AFP

Comments