Pembedahan Lim Kit siang


Selepas menjalani pembedahan membuang tumor dan berehat selama sebulan, pemimpin DAP Lim Kit Siang dijangka kembali ke arena politik menjelang 27 Januari ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada Lim akan kembali ke kawasannya di Gelang Patah atau Ayer Hitam, Liew tidak mengulas lanjut.

"Beliau (Lim) akan ke Johor. Anda akan tahu nanti," katanya.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan Kit Siang akan mengunjungi dahulu kawasannya di Gelang Patah.

Pada masa ini, DAP mensasarkan Ayer Hitam, kawasan parlimen majoriti Melayu yang kini disandang oleh timbalan presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang telah tiga penggal mewakili kawasan itu.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan Lim akan kembali ke Gelang Patah.

Disember lepas, Lim didiagnosis menghidap kanser tahap 1.

Beliau berjaya menjalani pembedahan untuk membuang tumor kecil pada buah pinggang kirinya.


M/kini

Comments