Pasport Baru Rakyat Malaysia di Australia


Rakyat Malaysia yang berada di Australia kini boleh mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu di Pejabat Atase Imigresen Melbourne Australia berkuat kuasa secara rasmi semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, PMA baharu itu dilengkapi dengan tambahan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan seperti penggunaan biometrik dan pengenalan wajah selaras dengan piawaian yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

“Petugas-petugas teknikal dari syarikat pembekal dan teknikal Jabatan Imigresen turut berada di Austalia bagi memantau sebarang isu yang mungkin timbul serta bagi memastikan kelancaran pemprosesan PMA versi baharu ini. 

“Pada hari pertama penggunaan PMA versi baharu ini sebanyak 45 PMA telah berjaya dicetak dan diserahkan kepada pemohon tanpa sebarang masalah,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

PMA versi baharu telah dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 11 Januari lalu. 

Comments