Mahathir Cabar PAS


Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad meneruskan serangan ke atas Pas hari ini dengan mencabar parti itu mengemukakan calon Perdana Menteri yang disokong mereka.

Dr. Mahathir berkata, Pas perlu menyatakan pendirian sama ada parti itu menyokong beliau sebagai calon Perdana Menteri atau Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita nak tahu Pas nak tanding siapa calon Perdana Menteri dia (Pas), dia nak calon Najib ke atau dia calon saya.

“Kalau dia beritahu calon dia, saya ingat dia boleh menang,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Comments