Lagi Polis Ditahan Kes Samun


Seorang lagi anggota polis yang dipercayai terlibat dengan kejadian samun berkumpulan melibatkan wang tunai RM12,300 di sebuah rumah di Sungai Rapat di sini ditahan pagi tadi selepas dia menghilangkan diri kira-kira 20 hari.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, suspek yang berusia 32 tahun itu ditahan anggota Jabatan Jenayan Berat (D9) di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira pada pukul 11 pagi.

"Suspek hadir sendiri ke IPD Ipoh untuk menyerah diri berhubung kejadian samun berkumpulan 

"Pihak polis masih lagi memburu seorang lagi rakan mereka yang merupakan orang awam dipercayai terlibat dalam kejadian itu bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini sebentar tadi. 

Kosmo! pada 29 Disember lalu melaporkan, seorang pegawai dan dua anggota polis ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun berkumpulan di sebuah rumah di Kampung Rapat di sini 27 Disember lalu.

Ketiga-tiga mereka dan seorang lagi penganggur bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan reman terhadap mereka tamat pada 2 Januari lalu. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan tanpa senjata.



Comments