Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Jururawat Ambil Kesempatan Terhadap Mangsa

Monday, 4 June 2012



BANDAR SRI BEGAWAN: Seorang wanita berusia 24 tahun, menyamar sebagai jururawat dan “pegawai banci” yang menipu dan mencuri barang kemas warga tua, mengaku bersalah atas beberapa dakwaan di Mahkamah Majistret, semalam.

Majistret Kanan, Harinta Zelda Skinner mengarahkan pendakwa raya menyediakan petikan kes serupa sebelum ini untuk membantu hukuman dijatuhkan esok (5 Jun). 

Suzanti Ibrahim melawat rumah di Kampung Sg Hanching, Sungai besar, Mentiri, Sg Akar, Rimba, Lurong, Sikuna dan Tamoi Tengah pada Mei tahun lalu hingga April tahun ini dan memperkenalkan dirinya sebagai jururawat yang diberi tugas untuk memberi rawatan kepada wanita tua. 

Biasanya mangsa yang tinggal bersendirian di rumah, akan menjemput defendan masuk kerana mereka percayakannya.

Defendan akan menyuruh wanita tua untuk mandi sebelum “rawatan” dan meninggalkan semua barang kemas mereka dengannya.

Masa inilah defendan akan melarikan diri bersama barang kemas itu. 

Pada satu masa, defendan mengaku sebagai “pegawai banci” dan memberitahu mangsanya dia perlu mengambil gambar seluruh rumah mereka dan meminta mangsa menanggalkan barang kemas mereka dan kemudian melarikan diri bersama barang kemas itu. 

Defendan berjaya mencuri 25 rantai tangan emas, sepasang subang emas, loket, lima cincin, dua loket emas “pound”, gelang, lapan rantai emas, rantai leher dan loket “wapak” emas daripada mangsa. 

Defendan menjual barang kemas itu melalui rangkaian laman sosial Facebook dan kedai barang kemas di Limbang. 

Tiada satu barang kemas itu ditemui semula. - BT

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat